University of Nottingham Malaysia
Conferences
     
  

Checkmate Cancer (Bahasa Melayu)

 cancer checkmate web

23 Mac 2019, 10 pagi - 4 petang

Checkmate Cancer! anjuran University Of Nottingham, Malaysia (UNM) menerusi Yayasan UNMC merupakan acara tahunan yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pencegahan dan penyaringan awal kanser di Malaysia khususnya kepada komuniti di kawasan Semenyih, Kajang dan Beranang. 

Sementara para penyelidik giat mencari penawar bagi memastikan insan tersayang dapat menikmati hidup yang lebih lama, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kita menjalani pemeriksaan awal dan berkala kerana kanser boleh menyerang sesiapa sahaja tidak mengira golongan remaja mahupun pertengahan umur. Risiko untuk mendapat kanser dapat dikurangkan sekiranya kita lebih tegas dalam mencegah dan mengatasinya. 

Aktiviti sampingan dalam program ini bertujuan :

1. Menggubah tanggapan negatif atau rasa takut mengenai ujian dan pemeriksaan yang dijalankan. (Anda tidak perlu menjalani ujian klonoskopi -Satu prosedur menggunakan fiberskop/berkamera yang dimasukkan ke dalam saluran usus besar (large intestine). Hanya sampel najis diperlukan untuk mengesan kanser kolokteral. Begitu juga, kaedah ujian darah (blood test) untuk mengesan kanser prostat.

2. Mendidik masyarakat tentang risiko gaya hidup ke arah kanser dan menjawab soalan berkaitan pengesanan awal. Sesi ini akan diketuai oleh pakar kanser paru-paru, serviks dan payudara.

3. Melatih komuniti melakukan pemeriksaan diri (Self-examination) untuk mengesan sebarang keabnormalan payudara dan testis. Imbasan ultrasound yang tidak membahayakan pula untuk mengesan dada, perut dan pelvis akan dilengkapkan dengan ujian mamogram.

4. Memberikan pengetahuan dan maklumat tentang kesedaran kanser kepada komuniti menerusi kuiz yang disediakan. Pelbagai hadiah disediakan untuk dimenangi.

Pendaftaran awal diperlukan untuk mereka yang berminat bersama-sama dengan kami pada hari tersebut menerusi (pautan). Pemeriksaan percuma diberikan kepada 300 orang peserta yang berisiko selain berpendapatan rendah melalui pendaftaran atas talian (online registration). Bagi mereka yang tidak layak, pemeriksaan boleh didapati pada harga diskaun.

 

 

*tertakluk kepada terma dan syarat

 

Disokong oleh:

 


BP


canwell

care

climb for life

 

 


everlantern


ITT


Ligno biotech


Mach1

 

 


makna


Nuemera


pantai


travel cue

 

 


yayasan

 pharmnotts

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

University of Nottingham Malaysia

Jalan Broga, 43500 Semenyih
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

telephone: +6 (03) 8924 8000
fax: +6 (03) 8924 8001
email: enquiries@nottingham.edu.my