University of Nottingham Malaysia
Website Information
     
  

Notis Perlindungan Data

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, ("Akta") mengawal selia pemprosesan data peribadi di dalam transaksi komersil. Akta ini menghendaki Universiti Nottingham  Kampus Malaysia ("Universiti") untuk memaklumkan kepada anda tentang data peribadi yang dikumpulkan daripada anda dan diproses oleh Universiti.

Terma-terma yang terdapat di dalam Notis Perlindungan Data (“Notis”) ini seperti “data peribadi”, “pemprosesan”, “transaksi komersil”, dan “orang yang berkaitan” membawa makna yang sama sepertimana yang dinyatakan di dalam Akta. Untuk tujuan Notis ini, ungkapan seperti “kami” adalah merujuk kepada Universiti Nottingham Kampus Malaysia, manakala ungkapan “anda” adalah merujuk dan merangkumi pelajar, bakal pelajar, bekas pelajar, klien, pelanggan, bakal pelanggan, penjual, pembekal, pembekal perkhidmatan dan/atau orang yang berkaitan seperti ibu bapa/penjaga pelajar, bakal pelajar atau bekas pelajar kami, pengarah, kakitangan pelanggan korporat, penjual, pembekal, pembekal perkhidmatan dan wakil sah yang menerima perkhidmatan, mendapatkan perkhidmatan dari ataupun yang memberikan perkhidmatan kepada  Universiti.

Kami memproses data peribadi anda dan ia termasuk data peribadi orang yang berkaitan. Notis ini hendaklah terpakai kepada orang yang berkaitan dan anda memberi jaminan kepada Universiti yang anda mempunyai kuasa atau telah diberi kuasa untuk bertindak dan memberi kebenaran bagi pihak ketiga, dengan menyediakan data peribadi pihak ketiga ke Universiti untuk tujuan dan pendedahan seperti yang dinyatakan di dalam Notis ini dan anda berjanji untuk memberikan salinan Notis ini kepada pihak ketiga. Pemberian Notis ini hendaklah dianggap sebagai notis yang diberikan kepada dan kebenaran yang diperolehi daripada pihak ketiga.

Jenis-jenis Data Peribadi dan Sumbernya

Data peribadi yang disediakan secara sukarela oleh anda, ibu bapa anda, penjaga, agen perekrutan, majikan anda, syarikat anda, penaja, di acara-acara yang dianjurkan atau disertai oleh Universiti dan/atau yang telah kami dapatkan dengan sendirinya dari lain-lain sumber-sumber yang sah (sekiranya ada dari depositiri awam, direktori perniagaan/direktori atas talian, agensi pelapor kredit, domain awam dan pihak ketiga yang telah diberi kuasa) di dalam borang-borang kami, perjanjian, laman web, dan/atau lain-lain dokumen yang sehubungan dengannya merangkumi maklumat mengenai nama anda, alamat (seperti alamat surat-menyurat dan alamat tetap), nombor telefon (seperti nombor telefon bimbit, rumah dan telefon pejabat), nombor faksimili, alamat e-mel, nombor kad pengenalan, nombor pasport, contoh tandatangan, umur, tarikh lahir, jantina, keturunan, kewarganegaraan, negara asal, nama syarikat, pekerjaan, gaji, jawatan kerja, nombor kad kredit, sejarah kredit, kepercayaan agama, keadaan kesihatan dan maklumat perubatan, maklumat sabitan jenayah, maklumat penaja, maklumat referi (seperti nama referi, jawatan kerja, alamat, nombor telefon dan alamat e-mel), keputusan peperiksaan terdahulu, transkrip akademik, kelayakan akademik, rekod akademik, butiran bank (seperti nama bank, alamat bank dan akaun bank), imej (termasuk gambar) dalam format audio dan/atau video, televisyen litar tertutup ("CCTV") dan keselamatan rakaman (secara kolektif "Data Peribadi"). Dengan memberikan Data Peribadi anda secara sukarela, anda memberi kebenaran untuk kami mengumpul, menggunakan dan memproses Data Peribadi anda.

Anda dengan ini mengesahkan bahawa Data Peribadi yang diberikan oleh anda atau yang diperolehi daripada anda, ibu bapa anda, penjaga, agen perekrutan, majikan anda, syarikat anda dan penaja adalah mencukupi, tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan bahawa Data Peribadi tersebut adalah diperlukan oleh kami untuk memberikan perkhidmatan kami kepada anda dan untuk mewujudkan suatu transaksi komersil. Jika anda memilih untuk tidak memberikan Data Peribadi atau jika Data Peribadi tidak mencukupi, tidak tepat, tidak lengkap dan/atau mengelirukan, Universiti berkemungkinan tidak dapat memberikan perkhidmatan yang anda perlukan atau tahap perkhidmatan yang anda kehendaki.

Tujuan Pengumpulan Data Peribadi

Kami akan memproses Data Peribadi yang berkaitan dengan transaksi komersil bagi mana-mana tujuan yang berikut: 
  • untuk memudahkan transaksi komersil dengan anda dan untuk memenuhi obligasi kontraktual kepada anda di dalam penyediaan apa-apa perjanjian yang berkaitan (jika ada) dan untuk mengekalkan akaun dan rekod kami di dalam urusan perniagaan biasa kami;
  • untuk memudahkan transaksi komersil dengan anda dan untuk memenuhi obligasi kontraktual kepada anda termasuk tetapi tidak terhad kepada menilai permohonan/permintaan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kami, untuk memproses permohonan kemasukan dan untuk menyediakan perkhidmatan akademik yang berterusan, perkhidmatan pendidikan, perkhidmatan pelajar, perkhidmatan kemudahan untuk menyediakan perkhidmatan sampingan seperti permohonan visa dan perlindungan insurans, penyelenggaraan akaun dan rekod kami sendiri di dalam urusan perniagaan biasa kami;
  • untuk mengesahkan identiti anda, menjawab pertanyaan, mengemaskini rekod anda, memproses bayaran  tuisyen dan lain-lain  bayaran yang berkenaan dan invois, resit, mengutip hutang, menyediakan lain-lain barangan dan perkhidmatan seperti  yang diminta di dalam urusan perniagaan biasa kami;
  • untuk memudahkan keperluan khas seperti yang berkaitan dengan apa-apa ketidakupayaan atau keadaan kesihatan;
  • untuk berkomunikasi dengan anda melalui SMS, panggilan telefon, e-mel, faksimili, surat-menyurat dan/atau sebarang saluran komunikasi lain yang bersesuaian;
  • untuk berkomunikasi dengan ibu bapa, penjaga dan wakil-wakil yang diberi kuasa sekiranya berlaku kecemasan atau kemalangan;
  • untuk memaklumkan kepada ibu bapa, penjaga, majikan anda, syarikat anda, penaja dan wakil-wakil yang diberi kuasa mengenai kemajuan pelajar dan permohonan kemasukan bakal pelajar, kemajuan akademik dan pendidikan pelajar, yuran pengajian pelajar dan lain-lain bayaran yang berkaitan;
  • untuk memberitahu anda dan memberikan anda maklumat mengenai produk kami, barangan, kemudahan, perkhidmatan, acara akan datang yang diminta oleh anda melalui SMS, panggilan telefon, e-mel, faksimili, surat-menyurat dan/atau lain-lain saluran komunikasi yang bersesuaian melainkan anda telah sebaliknya memberitahu kami bahawa anda tidak mahu kami memproses Data Peribadi anda untuk tujuan tersebut ke alamat seperti yang dinyatakan di perenggan  bawah Notis ini;
  • untuk menyediakan anda dengan risalah kami, terbitan berkala, pertandingan dan/atau tinjauan melalui SMS, panggilan telefon, e-mel, faksimili, surat-menyurat dan/atau lain-lain saluran komunikasi yang bersesuaian melainkan anda telah sebaliknya memberitahu kami bahawa anda tidak mahu kami memproses Data Peribadi anda untuk tujuan tersebut ke alamat seperti yang dinyatakan di perenggan bawah Notis ini;
  • menjalankan pemeriksaan yang bersesuaian untuk kredit-kepercayaan di dalam urusan perniagaan biasa kami;
  • untuk menjalankan kajian pemasaran dan analisis corak pendidikan pelajar; 
  • pendedahan awam dan penggunaan Data Peribadi anda, imej, gambar, rakaman suara dan video untuk tujuan publisiti tanpa bayaran atau pampasan; 
  • untuk siasatan dalaman, tujuan audit atau tujuan keselamatan; 
  • penggunaan sistem CCTV bagi pencegahan jenayah; 
  • untuk menguatkuasakan hak kontraktual dan hak undang-undang serta obligasi; dan 
  • untuk memenuhi keperluan undang-undang dan keperluan peraturan.

Pendedahan Data Peribadi (di dalam dan/atau di luar Malaysia)

Di dalam memberikan perkhidmatan-perkhidmatan yang anda perlukan, anda dengan ini memberikan kebenaran dan kuasa kepada kami untuk mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak seperti yang berikut (di dalam dan/atau di luar Malaysia): 
  • pekerja kami, perunding, akauntan, juruaudit, peguam, penasihat, agen, kontraktor, penjual, rakan kongsi pemasaran bersama, pembekal perkhidmatan, syarikat-syarikat insurans, pedagang dan/atau institusi kewangan untuk membekalkan sokongan dan perkhidmatan;
  • Kementerian Pendidikan dan/atau Kementerian Pengajian Tinggi, Agensi Kelayakan Malaysia, lain-lain jabatan kerajaan/agensi yang berkaitan, pihak berkuasa berkanun dan anak syarikat Kementerian Pendidikan;
  • syarikat induk kami, anak syarikat, yang berkaitan dan syarikat bersekutu; 
  • kampus Universiti Nottingham di United Kingdom dan China; 
  • institusi-institusi akademik; 
  • kedutaan-kedutaan asing dan agensi-agensi yang dilantik oleh kedutaan asing; 
  • Jabatan Imigresen Malaysia;
  • penaja anda termasuk ibu bapa dan/atau penjaga; 
  • syarikat yang menyediakan penempatan, latihan dan peluang pekerjaan; 
  • badan-badan profesional, badan-badan akreditasi atau badan kawal selia berkanun; 
  • ahli keluarga terdekat anda dan/atau seseorang yang boleh dihubungi semasa kecemasan sebagaimana yang dimaklumkan kepada pihak Universiti dari semasa ke semasa; 
  • di mana dikehendaki oleh undang-undang, proses undang-undang, pertanyaan daripada pihak berkuasa yang berkenaan dan/atau perkara  yang berkaitan dengan hidup dan mati, keselamatan atau harta seseorang  individu atau keselamatan atau harta Universiti; 
  • orang ramai dengan menyiarkan imej, gambar, suara dan rakaman video anda untuk tujuan publisiti tanpa bayaran atau pampasan.

Hak Akses dan/atau Membetulkan Data Peribadi

Anda berhak untuk:
  • menyemak sama ada kami menyimpan Data Peribadi anda dan memohon untuk mengakses pada masa yang sama;
  • membetulkan sebarang Data Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap dan tidak dikemaskinikan;
  • menarik balik sepenuhnya atau sebahagiannya kebenaran yang telah anda berikan kepada kami sebelum ini, tertakluk kepada syarat-syarat kontrak dan juga sebarang sekatan undang-undang;
  • menyampaikan kepada kami bantahan anda atas kegunaan Data Peribadi anda bagi tujuan pemasaran.
Sekiranya anda ingin memohon untuk mengakses atau membuat pembetulan ke atas Data Peribadi anda atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda, segala pertanyaan atau aduan boleh dikemukakan kepada:

Student Registry Team  
University of Nottingham Malaysia Campus 
Jalan Broga, 43500 Semenyih 
Selangor, Malaysia 


Anda dikehendaki membuat permohonan anda secara bertulis atas sebab-sebab keselamatan dan bagi tujuan pengesahan. Selaras dengan peruntukan Akta, kami akan mengenakan fi yang telah ditetapkan bagi kesemua permohonan untuk  mengakses Data Peribadi yang dilakukan oleh anda.

Sekiranya kami menolak permohonan anda untuk mengakses dan/atau membuat pembetulan ke atas Data Peribadi anda, kami akan memberitahu anda sebab-sebab penolakan permohonan tersebut.

Perubahan pada Data Peribadi

Kami akan memastikan agar Data Peribadi anda adalah tepat, lengkap dan merupakan maklumat yang terkini. Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang perubahan pada Data Peribadi anda, anda hendaklah menghubungi kami secara terus kepada alamat seperti yang telah tertera di atas. 

Pengubahsuaian pada Notis

Kami akan menyemak dan mengemaskini Notis ini dari semasa ke semasa, berdasarkan kepada perubahan yang dilakukan di dalam Akta. Versi Notis yang terkini akan disediakan kepada anda sekiranya anda membuat permintaan di alamat yang dinyatakan di atas atau ianya juga boleh didapati di www.nottingham.edu.my. Dengan menerima perkhidmatan, mendapatkan perkhidmatan dari ataupun memberikan perkhidmatan secara berterusan kepada Universiti, segala pengubahsuaian atau perubahan pada Notis ini merupakan penerimaan anda terhadap segala pengubahsuaian atau perubahan pada Notis ini. 

Konflik

Sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan di antara Notis versi Bahasa Inggeris dan juga versi Bahasa Malaysia, Notis versi Bahasa Inggeris hendaklah digunapakai dan didahulukan dari Notis versi Bahasa Malaysia.