University of Nottingham Malaysia
Employment Opportunities
     
  

Bahasa Malaysia Version

Personal Data Protection Act

*Important note*

In pursuant to the Personal Data Protection Act, you are advised to read and understand our Notice and Choice Principles statement. By submitting your resume to us, you have declared that you have read, understood and accepted our Notice and Choice Principle Statement and gave us full consent to process your personal information along with your sensitive data. 

Click here to view our Notice & Choice Principle in  English

 

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Dokumen notis dan prinsip-prinsip pilihan 

 

Notis dan Prinsip-Prinsip Pilihan

Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi (‘Akta’) yang telah berkuatkuasa pada 15hb November 2013 untuk mengawal pemprosesan data peribadi bagi transaksi transaksi komersil, The University of Nottingham Malaysia Campus Sdn Bhd yang wujud sekarang dan/atau pada masa hadapan (selepas ini dirujuk sebagai ‘Syarikat’) adalah komited untuk memastikan pematuhan Akta berkenaan dengan sepenuhnya.

Notis ini menjelaskan bagaimana kami mengendalikan data peribadi bakal pekerja yang dikumpulkan, diproses dan disimpan oleh Syarikat, yang wujud sekarang dan/atau pada masa hadapan. Dokumen ini juga bertujuan untuk memberikan anda, selaku subjek data, pengetahuan bagaimana anda boleh mengawal pendedahan data peribadi anda oleh Syarikat.

Sila baca dan tandatangan Notis ini beserta tarikh untuk mengesahkan pemahaman dan persetujuan anda akan kandungannya.

Kami memproses data peribadi anda

Syarikat perlu mengumpul dan memproses data peribadi anda di mana anda adalah/boleh menjadi satu pihak bagi tujuan untuk ditawarkan pekerjaan di Syarikat.

Secara amnya, data peribadi anda yang dikumpul dan diproses oleh kami, adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada:-

Nama, nombor kad pengenalan (K/P), nombor KWSP, nombor PERKESO, nombor cukai pendapatan, alamat, nombor telefon, jantina, kerakyatan, tarikh lahir, tempat lahir, status perkahwinan, ketinggian, berat, butiran keluarga, pendidikan dan pencapaian akademik, kemahiran komputer, penguasaan bahasa/dialek, e-mel peribadi, gambar, nombor pasport, kumpulan darah, data majikan terdahulu, gaji, nombor akaun bank, nama dan alamat bank, perjanjian bon perkhidmatan, nombor lesen memandu, maklumat kenderaan, aktiviti/ minat/ hobi dan lain-lain.

Data peribadi sensitif

Beberapa data peribadi yang dikumpul dan diproses oleh Syarikat mungkin merangkumi perkara-perkara yang ditakrifkan sebagai ‘data peribadi sensitif’ di bawah Akta dan ini adalah termasuk, tetapi tidak terhad kepada:-

  • Bangsa.
  • Agama.
  • Kesihatan atau keadaan fizikal/mental.
  • Rekod-rekod kesalahan jenayah.
  • Bankrap/Muflis.

Bagaimana kami menggunakan data anda?

Secara amnya, Syarikat akan menggunakan data peribadi anda untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai bakal majikan anda. Secara khususnya, data peribadi anda boleh diguna dan diproses seperti berikut, tetapi tidak terhad kepada:-

  • Untuk penilaian permohonan kerja anda dengan Syarikat.
  • Untuk tujuan pentadbiran yang berkaitan dengan pekerjaan.
  • Untuk tujuan mematuhi undang-undang berkanun dan syarat badan-badan kerajaan dan pihak-pihak lain.
  • Untuk tujuan tadbir urus korporat.
  • Untuk peruntukan data peribadi kepada pihak yang dibenarkan yang mungkin dipohon oleh pekerja.
  • Untuk segala tujuan lain yang berkaitan dengan atau yang bersampingan dengan kontrak perkhidmatan seperti:-

    a)  Penggajian.
    b)  Faedah-faedah perubatan.
    c)  Perlindungan insurans.
    d)  Faedah-faedah perkhidmatan yang berkaitan.
    e)  Keperluan latihan dan pembangunan.
    f)   Pengurusan prestasi.
    g)  Pelaksanaan penstrukturan.
    h)  Perkembangan kerjaya dan penempatan dan pengurusan kerja.
    i)   Tindakan disiplin.
    j)   Tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengan pekerjaan.

Bagaimanakah data anda dikumpulkan?

Kesemua atau kebanyakkan data peribadi anda adalah diperolehi dari anda, sama ada dari sumber-sumber berikut dan/atau dari maklumat lain yang dibekalkan oleh anda:-

  • Resume.
  • Borang permohonan.
  • Borang butiran peribadi.
  • Sijil-sijil yang berkaitan.

Dalam keadaan tertentu, data peribadi anda mungkin diperolehi daripada sumber-sumber luaran yang berikut, tetapi tidak terhad kepada:-

  • Semakan rujukan/semakan latar belakang/sumber penentusahan (persendirian atau swasta).
  • Penyedia perkhidmatan pihak ketiga dan mana-mana pihak ketiga lain berhubung atau bersampingan dengan yang tersebut di atas.
  • Harta Syarikat sebagai contoh komputer, telefon bimbit, alat bantuan digital peribadi (PDA), mesin faksimile, mesin fotokopi dan lain-lain.

Hak Anda

Anda boleh memohon akses kepada data peribadi anda dan boeh memohon untuk meminda data peribadi anda. Untuk melaksanakan hak-hak anda, anda dikehendaki mengemukakan Borang Permohonan Untuk Mengakses/Mengemaskini Data Peribadi. Anda boleh mendapatkan borang ini daripada Jabatan Sumber Manusia, The University of Nottingham Malaysia Campus Sdn Bhd. Butirannya adalah seperti berikut:-

Nombor Telefon : 03 – 8725 3455
Nombor Faks      : 03 – 8924 8655
E-mel                    : pdpa@nottingham.edu.my

Setiap permohonan untuk melaksanakan hak-hak anda akan diuruskan berdasarkan Akta. Sila maklum bahawa selaras dengan Akta, permohonan anda boleh ditolak dalam keadaan keadaan tertentu.

Kepada siapa kami boleh mendedahkan maklumat anda

Data peribadi anda akan dirahsiakan akan tetapi boleh diberikan atau didedahkan kepada pihak-pihak ketiga bagi tujuan-tujuan seperti yang dinyatakan di atas. Walaupun kami tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada mana-mana pihak ketiga melainkan ianya berada dalam lingkungan pendedahan yang dibenarkan di bawah undang-undang/garis-garis panduan yang sedia ada dan/atau anda telah memberikan persetujuan bagi pendedahan sedemikian, kami boleh mendedahkan maklumat anda kepada pihak-pihak seperti yang disenaraikan di bawah ini, tetapi tidak terhad kepada:-

  • Penyedia perkhidmatan pihak ketiga dan/atau mana-mana pihak ketiga yang lain yang mungkin di kontrak oleh Syarikat seperti agensi pelancongan, agensi insurans, agensi pekerjaan, setiausaha syarikat, bank, permohonan kad petrol, juruaudit-juruaudit luaran dan dalaman, pusat latihan, syarikat kajian ganjaran, program pembelian syer pekerja, percukaian, teknologi maklumat sumber manusia dan lain-lain.
  • Penyedia perkhidmatan pihak ketiga bagi tujuan melaksanakan semakan rujukan, semakan latar belakang, carian kebankrapan, rekod-rekod jenayah dan lain-lain.
  • Doktor perubatan yang dilantik oleh Syarikat.
  • Badan-badan berkanun seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Pertubuhan Keselamatan Sosial, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Dana Pembangunan Sumber Manusia dan lain-lain.
  • Penasihat-penasihat profesional termasuk peguam-peguam, akauntan-akauntan, juruaudit-juruaudit, penanggung-penanggung insuran dan broker-broker atas dasar perlu tahu bagi tujuan membekalkan perkhidmatan/nasihat mereka kepada Syarikat.
  • Ejen atau kontraktor-kontraktor yang bertindak bagi pihak kami atau dilantik oleh kami bagi tujuan melaksanakan mana-mana kontrak yang berkenaan dengan pekerjaan.

Kami akan memastikan agar langkah-langkah munasabah diambil oleh kategori pihak-pihak yang tersebut di atas untuk melindungi dan/atau mengekalkan kerahsiaan maklumat anda yang mungkin kami dedahkan kepada mereka.

Mengehadkan pemprosesan data peribadi

Walaupun seperti yang dinyatakan di atas, kami memproses data peribadi anda hanya bagi tujuan yang berkaitan dengan pelaksanaan suatu kontrak pekerjaan, jika data peribadi anda diproses bagi apa jua tujuan lain (dengan persetujuan anda), anda berhak untuk meminta kami untuk menghentikan pemprosesan sedemikian. Anda boleh melaksanakan hak ini dengan menghubungi Jabatan Sumber Manusia, The University of Nottingham Malaysia Campus Sdn Bhd. Hak ini dilanjutkan kepada menghentikan pemprosesan data peribadi anda yang berhubung kait dengan data peribadi individu lain.

Peruntukan Berhubung Maklumat

Sebagai seorang pemohon pekerjaan, anda berhak untuk memutuskan apakah maklumat yang anda ingin berikan. Walau bagaimanapun, sila maklum bahawa kesemua maklumat yang dipohon oleh kami, seperti yang dinyatakan di atas, adalah maklumat mandatori bagi kami. Sekiranya anda memilih untuk tidak memberikan dan/atau gagal untuk memberikan kepada kami maklumat yang mengandungi data peribadi sedemikian, kami tidak dapat menawarkan pekerjaan di Syarikat kami.

Begitu juga, jika anda memutuskan untuk tidak memberikan maklumat mandatori kepada kami, ia bermakna tawaran pekerjaan tidak akan dibuat.

Syarikat berhak untuk menyemak semula dan/atau meminda Notis ini dari masa ke masa dan akan memaklumkan mengenai perubahan sedemikian bersama dengan polisi yang telah dikemaskini di laman sesawang Syarikat, dan/atau lain-lain bentuk komunikasi yang sewajarnya sebagaimana yang akan ditentukan oleh Syarikat.

Tiada apa pun dalam Notis ini yang akan mengehadkan hak-hak Syarikat dan pekerjapekerjanya di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

    

Dokumen ini adalah terjemahan daripada Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat percanggahan di dalam mana-mana kandungan dokumen ini, rujukan akan dibuat pada versi di dalam Bahasa Inggeris. Interpretasi Syarikat terhadap notis ini juga dianggap muktamad.

 

I have read, understood and accept this Notice and Choice Principle Statement and gave my full consent to The University of Nottingham Malaysia Campus Sdn Bhd to process my personal information along with my sensitive data.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Human Resource Department

University of Nottingham Malaysia
Jalan Broga, 43500 Semenyih
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

telephone: +6 (03) 8924 8000
fax: +6 (03) 8924 8001
email: hr@nottingham.edu.my