University of Nottingham Malaysia
News and Events
     
  

University of Nottingham Malaysia: 25 Tahun Pendidikan Bertaraf Dunia dari UK di Malaysia

tile-25-years-in-Malaysia

EN | BM中文

Selama lebih daripada 25 tahun, University of Nottingham Malaysia (UNM) telah menyampaikan pendidikan British bertaraf dunia di Malaysia — membentuk minda, berganding dengan industri dan menyokong pembangunan bakat negara. Hari ini, ketika Malaysia terus bergerak menuju ekonomi berasaskan pengetahuan, UNM kekal komited terhadap misinya: menyampaikan kecemerlangan akademik yang diiktiraf global, memupuk pemimpin masa depan, serta terus melabur dengan penuh keyakinan dalam landskap pendidikan tinggi negara.

Pendidikan Global UK di Malaysia

Selaku universiti British pertama yang menubuhkan kampus di luar UK, UNM telah sekian lama menjadi perintis dalam pendidikan transnasional dengan menghubungkan standard global dan keperluan tempatan. Sejak tahun 2000, kami beroperasi sebagai sebuah universiti UK di Malaysia, mengekalkan standard pengajaran, kecemerlangan akademik dan inovasi penyelidikan yang sama seperti di kampus UK.

Pelajar di Malaysia menerima ijazah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, dengan tahap ketelitian akademik dan kualiti yang setara dengan ijazah yang dianugerahkan di UK. Sama ada pelajar menjalani pengajian mereka di Semenyih atau Nottingham, mereka akan menamatkan pengajian dengan penuh keyakinan dengan kelayakan daripada sebuah universiti yang tersenarai dalam 100 universiti terbaik dunia (QS World University Rankings 2026).

Konsistensi dan komitmen ini menjadikan UNM pilihan yang dipercayai oleh ibu bapa yang mencari pendidikan berkualiti antarabangsa serta kestabilan institusi jangka panjang. Kami juga berbangga dapat menyumbang kepada aspirasi Malaysia untuk menjadi salah sebuah hab pendidikan paling dinamik di rantau ini.

Pendaftaran Pelajar yang Bertumbuh Kukuh dan Kewangan yang Stabil

Walaupun sektor pendidikan tinggi global sedang melalui pelbagai perubahan, pendaftaran pelajar di UNM terus menunjukkan pertumbuhan yang sihat dan mampan. Antara tahun 2022 hingga 2025, pengambilan pelajar baharu meningkat secara purata sebanyak 8% setiap tahun, mencerminkan keyakinan keluarga terhadap tawaran pendidikan kami.

Dari sudut kewangan, universiti berada pada kedudukan yang kukuh. Akaun teraudit terkini kami bagi tahun 2024 menunjukkan nisbah penggearan (gearing ratio) hanya 11%. Dalam istilah kewangan, angka ini dianggap sebagai tahap risiko yang rendah. Pada kadar 11%, kedudukan kewangan UNM adalah jauh lebih kukuh berbanding piawaian industri bagi kestabilan institusi. Tahap hutang yang rendah ini membolehkan kami mengurus komitmen kami menerusi pendekatan yang dirancang dan berfasa, sambil mengekalkan ketahanan operasi yang diperlukan untuk menyokong pelajar dan komuniti akademik kami dalam jangka masa panjang.

Pelaburan Berterusan di Kampus Semenyih dan Pengalaman Pelajar

Sejak tahun 2022, UNM telah meningkatkan pelaburannya secara signifikan bagi memastikan kampus terus menjadi mercu tanda pendidikan tinggi berkelas dunia di mana pelajar boleh belajar, berkembang dan berjaya. Ini bukan sekadar perubahan kosmetik: tetapi penambahbaikan strategik yang direka untuk meningkatkan persekitaran akademik.

Penambahbaikan ini jelas terlihat di seluruh kampus, antaranya:

  • Kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang dimodenkan bagi menyokong pembelajaran interaktif
  • Makmal serta infrastruktur akademik yang memperkasa inovasi dan penyelidikan
  • Penginapan dalam kampus yang dinaik taraf bagi meningkatkan keselesaan, keselamatan dan komuniti
  • Kemudahan sukan dan kesejahteraan yang menggalakkan gaya hidup pelajar yang seimbang dan sihat

Pelajar dan pelawat akan merasai suasana kampus yang lebih segar dan bertenaga. Pelaburan ini mengesahkan satu mesej yang ringkas: UNM wujud di sini untuk berkembang bersama para pelajarnya, bukan sekadar kekal di tahap sedia ada.

article-25-years-in-Malaysia

Melangkah ke Hadapan: Masa Depan yang Berwawasan dan Penuh Keyakinan

Wawasan UNM melangkaui masa kini. Pelan jangka panjang kami adalah bukti kepercayaan kami kepada Malaysia serta komitmen terhadap pertumbuhan berterusan ASEAN. Kami bukan sekadar mengekalkan kehadiran kami di sini, malah berusaha memperluaskan impak kami.

Dalam tahun-tahun akan datang, UNM akan:

  • Memperkenalkan program akademik baharu bagi tahun 2027–2028 untuk memenuhi kehendak industri masa hadapan
  • Mengembang dan memperkasa pendidikan eksekutif serta inisiatif pembelajaran sepanjang hayat untuk golongan profesional dan pelajar dewasa
  • Terus melabur dalam infrastruktur kampus bagi menyokong pertumbuhan jangka panjang serantau


Perkembangan ini menunjukkan keyakinan kami bahawa dekad mendatang akan menjadi salah satu kemajuan yang bermakna serta inovasi yang lebih mendalam.

Mengapa Memilih University of Nottingham Malaysia?

Bagi pelajar yang sedang mempertimbangkan pilihan mereka, UNM menawarkan sesuatu yang tersendiri — ijazah University of Nottingham UK, dengan standard akademik dan pengiktirafan global yang sama seperti di UK, diperoleh di sini di Malaysia di kampus moden dan indah seluas 48 hektar terletak hanya 40 kilometer dari pusat bandar. Graduan UNM memasuki alam pekerjaan dengan kelayakan yang dihormati di peringkat antarabangsa, prospek kebolehpasaran yang kukuh, serta akses kepada rangkaian alumni global merentas tiga kampus di UK, Malaysia dan China.

Bagi ibu bapa, memilih universiti adalah tentang kepercayaan, kestabilan dan nilai jangka panjang. Untuk lebih daripada 25 tahun, UNM telah menyediakan pendidikan UK yang konsisten, diiktiraf di peringkat global dan bertaraf tinggi disokong oleh tadbir urus yang kukuh, pelaburan berterusan serta komitmen jangka panjang yang jelas terhadap Malaysia.

Tujuan UNM kekal tertumpu kepada memperluaskan akses kepada pendidikan berkualiti tinggi serta mencipta impak bermakna kepada komuniti yang kami khidmati. Ketika Malaysia melihat ke masa hadapan, UNM berdiri bersama negara ini dengan keyakinan dan optimis. Komitmen kami adalah berjangka panjang, dan kepercayaan kami terhadap bakat yang ada di Malaysia, ASEAN dan seterusnya tidak pernah lebih kukuh daripada sekarang.

Kami menjemput pelajar, ibu bapa dan rakan kerjasama untuk melawat kampus kami, bertemu komuniti kami dan merasai sendiri pengalaman menjadi sebahagian daripada University of Nottingham Malaysia — sebuah kampus global yang dibentuk untuk masa depan dan berlandaskan kekuatan industri lebih daripada 25 tahun.

Maklumat lanjut mengenai program pengajian, syarat kemasukan dan laluan perkembangan akademik di University of Nottingham Malaysia boleh didapati di laman web rasmi universiti. Anda juga boleh menghubungi pasukan pengambilan pelajar secara terus melalui e-mel di study@nottingham.edu.my atau melalui WhatsApp (+60 19-280 8000) untuk sebarang bantuan.

Posted on 17th March 2026

University of Nottingham Malaysia

Jalan Broga, 43500 Semenyih
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

telephone: +6 (03) 8924 8000
fax: +6 (03) 8924 8001

Make an enquiry